Thursday 4 February 2016

HURAIAN

HURAIAN
Sejarah

Rencana utama: Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; IndonesiaMalaysiaFilipinaSingapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos,Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

BENDERA ASEAN

Bendera ASEAN menggambarkan ASEAN yang stabil, aman damai, bersatu dan dinamik. Warna Bendera biru, merah, putih dan kuning menggambarkan warna utama bendera kesemua Negara Anggota ASEAN. 
·                     Biru melambangkan keamanan dan kestabilan.
·                     Merah menggambarkan keberanian dan dinamisme.
·                     Putih menunjukkan kesucian
·                     kuning melambangkan kemakmuran
·                     Tangkai padi menggambarkan impian Bapa Pengasas ASEAN bagi suatu ASEAN yang terdiri daripada semua negara di Asia Tenggara yang terikat dengan persahabatan dan perpaduan. Bulatan menggambarkan kesatuan ASEAN.


   PIAGAM ASEAN


       Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala LumpurMalaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalan piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu,Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.
Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007



PRINSIP ASEAN

ASEAN juga mempunyai prinsip-prinsip yang wajib dipatuhi oleh setiap anggotanya antaranya ialah:



·        Sentiasa menghormati kemerdekaan,kedaulatan,kesamaan serta intergriti wilayah nasional dan identiti.
         nasional setiap negara
·        Hak untuk setiap negara untuk memimpin negara bebas dari campur tangan pihak luar.
·        Tidak mencampuri urusan dalam negeri sesama negara anggota.
·        Menolak penggunaan kekuatan yang mematikan.
·        Kerjasama perlu efektif antara anggota.



PERTUBUHAN YANG TERBENTUK KETIKA ASEAN DITUBUHKAN

2.1 ASA


Pada 30 Julai 1961, ASA telah dibentuk hasil pertemuan Menteri-menteri Luar Tanah Melayu, Filipina dan Thailand di Bangkok. Tujuan utama pembentukannya ialah untuk meningkatkan kerjasama sosio-ekonomi, kebudayaan serta pentadbiran. Walau bagaimanapun ASA telah gagal bertahan lama akibat daripada kelemahan struktur organisasi serta konflik yang kian memuncak di antara negara-negara anggota terutamanya tuntutan Filipina ke atas Sabah dan konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963.


2.2 MAPHILINDO

MAPHILINDO telah ditubuhkan pada 31 Julai 1963 hasil cadangan Presiden Macapagal dari Filipina dan dianggotai oleh Malaya, Filipina dan Indonesia. Namun akibat daripada timbulnya konflik dalaman dan luaran antara negara-negara anggota telah membawa kepada kegagalan MAPHILINDO. Penubuhan Malaysia telah membawa tentangan hebat daripada Filipina yang menuntut haknya ke atas Sabah yang didakwa sebagai wilayah warisan Kesultanan Sulu. Begitu juga Indonesia yang turut menentang oleh kerana adanya cita-cita Presiden Sukarno untuk mewujudkan “Indonesia Raya” melalui penggabungan semua kepulauan Melayu. Pembentukkan Malaysia dilihat sebagai halangan utama cita-cita beliau dan dianggap sebagai satu bentuk Imperialisme dan dasar Kolonialism barat ke atas negara-negara di Asia Tenggara. Konflik semakin nampak dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia di atas alasan perbezaan sistem dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan. Lantaran itu akibat konflik yang berlanjutan, MAPHILINDO akhirnya turut berkubur.


2.3 ASPAC

   Tahun 1966 menyaksikan pembentukan satu lagi pertubuhan baru iaitu ASPAC yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, Thailand, Australia, Jepun, Taiwan, New Zealand, Korea Selatan dan Vietnam Selatan. Tumpuan pertubuhan ini ialah untuk menggalakkan kerjasama serantau di dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia Pasifik. Seperti pertubuhan lain , ASPAC juga mengalami kegagalan, oleh kerana pertubuhan ini dikatakan tidak menggambarkan kerjasama serantau yang sebenarnya dengan adanya keanggotaan negara luar dari Asia Tenggara. Pada tahun 1975, ASPAC telah dibubarkan, namun ia telah memberi idea bagi pembentukan pertubuhan kerjasama serantau yang lebih mantap di Asia Tenggara.




FUNGSI-FUNGSI KERJASAMA ASEAN


Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan  berikut:
·                     Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN 
·                     Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN 
·                     Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN 
·                     Rancangan Persekitaran Strategik  ASEAN 
·                     Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN 
·                     Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN



                                     ANGGOTA- ANGGOTA ASEAN
                                                      
                                                      
ü  Indonesia, negara pendiri.
ü  Filipina, negara pendiri.
ü  Malaysia, negara pendiri.
ü  Thailand, negara pendiri.
ü  Singapura, negara pendiri.
ü  Brunei Darussalam, bergabung: 7 Januari 1984
ü  Kamboja, bergabung: 16 Desember 1998
ü  Myanmar, bergabung: 23 Julai 1997
ü  Laos, bergabung: 23 Julai 1997
ü  Vietnam, bergabung: 28 Julai 1995



CABARAN ASEAN

Ekonomi

Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.
 


Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN

Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.



No comments:

Post a Comment