Thursday 4 February 2016

PENGENALAN


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dengan izin ALLAH,kami dapat menyiapkan blog ini untuk bacaan anda semua,saya RAJA DANIAL AZRAAI BIN RAJA AZZLY dan sahabat-sahabat saya iaitu NURUL AIN NATASYA BINTI ROSLI,NUR ZULYIANNA BINTI HASAN dan SITI NUR FATIHAH BINTI MUHAMAD SHATIR yang sama-sama menuntut di Politeknik Sultanah Bahiyah,Kulim,Kedah dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik.Di sini,kami diberi tugasan untuk mencari dan mendalami tajuk yang diberi iaitu DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA oleh pensyarah kami iaitu Puan Asmah Binti Subari@Sarman yang mengajar subjek Pengajian Malaysia.Maka tercetuslah blog ini dapat menjadi rujukan dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dalam mengenali negara kita ini,bukan sahaja di serantau malah di dunia.






PENGENALAN

ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara telah berjaya ditubuhkan pada tanggal 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak telah diadakan di Bangkok dan telah dihadiri oleh beberapa perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina serta Singapura.  Dalam sidang kemuncak yang telah diadakan, satu deklarasi telah berjaya ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN turut ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina). Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion. Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini sendiri iaitu untuk menyelesaikan masalah politik dengan negara Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia juga ingin menjalin hubungan yang rapat dengan Indonesia yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Suharto.  Segala pertikaian dan pergaduhan politik  yang wujud di kawasan serantau perlu ada keperluan dalam menyelesaikan masalah ini.Kerana ia merupakan motif utama dalam membentuk kewujudan ASEAN. Perkara Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman diantara lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  iaitu negara China.



TUJUAN ASEAN

Inilah tujuan ASEAN yang tercantum didalam Deklarasi Bangkok. Antaranya ialah :

  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi,kemajuan sosial fdan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara

  • Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

  • Menggalakkan kerjasama dan saling bantu membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi,kebudayaan,teknikal,saintifik dan pentadbiran

  • Saling bantu membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan kemudahan penyelidikan,pelajaran,profesional,teknikal dan pentadbiran

  • Bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan,mengembangkan perdagangan antarabangsa,membaiki kemudahan-kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat.

  • Menggalakkan pengkajian mengenai Asia Tenggara

  • Memelihara hubungan yang rapat dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.


Itu adalah antara tujuan ASEAN yang termasuk dalam Deklarasi Bangkok yang telah disepakati pada tanggal 8 Ogos 1967 di Kota Thailand, Bangkok






GAMBAR/ANIMASI/VIDEO


KONFERENS SUMBER MANUSIA ASEAN KE-2




MALAM KEBUDAYAAN ASEAN



HARI SUKAN ASEAN



KEMUNCAK ASIA TIMUR KE-9



ANIMASI ASEAN


ANIMASI ASEAN


video animasi ASEAN

No comments:

Post a Comment