Thursday, 4 February 2016

KESAN

KESAN PENUBUHAN ASEAN

Terdapat banyak isu yang timbul diperingkat ASEAN sejak akhir-akhir ini. Antaranya isu kebanjiran pendatang tanpa izin ( PATI ) ke negara kita dan juga negara –negara anggota  ASEAN yang lain. Selain itu isu pencemaran alam seperti pembakaran secara terbuka yang berlaku hampir setiap tahun di Indonesia. Isu LYNAS iaitu pembinaan logi pembuangan sisa-sisa toksik di Malaysia baru-baru ini. Selain daripada itu isu pemberontakan. Contohnya, pemberontakan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dan pemberontakan puak Moro di Filipina. Di samping itu juga isu pelarian Rohinya yang masih belum ada jalan penyelesaian. Isu-isu yang lain seperti penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia, isu tenaga kerja, isu penyeludupan senjata api , isu pencerobohan perairan Malaysia dan sebagainya

No comments:

Post a Comment