Thursday, 4 February 2016

PENGENALAN


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dengan izin ALLAH,kami dapat menyiapkan blog ini untuk bacaan anda semua,saya RAJA DANIAL AZRAAI BIN RAJA AZZLY dan sahabat-sahabat saya iaitu NURUL AIN NATASYA BINTI ROSLI,NUR ZULYIANNA BINTI HASAN dan SITI NUR FATIHAH BINTI MUHAMAD SHATIR yang sama-sama menuntut di Politeknik Sultanah Bahiyah,Kulim,Kedah dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik.Di sini,kami diberi tugasan untuk mencari dan mendalami tajuk yang diberi iaitu DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA oleh pensyarah kami iaitu Puan Asmah Binti Subari@Sarman yang mengajar subjek Pengajian Malaysia.Maka tercetuslah blog ini dapat menjadi rujukan dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dalam mengenali negara kita ini,bukan sahaja di serantau malah di dunia.






PENGENALAN

ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara telah berjaya ditubuhkan pada tanggal 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak telah diadakan di Bangkok dan telah dihadiri oleh beberapa perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina serta Singapura.  Dalam sidang kemuncak yang telah diadakan, satu deklarasi telah berjaya ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN turut ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina). Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion. Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini sendiri iaitu untuk menyelesaikan masalah politik dengan negara Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia juga ingin menjalin hubungan yang rapat dengan Indonesia yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Suharto.  Segala pertikaian dan pergaduhan politik  yang wujud di kawasan serantau perlu ada keperluan dalam menyelesaikan masalah ini.Kerana ia merupakan motif utama dalam membentuk kewujudan ASEAN. Perkara Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman diantara lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  iaitu negara China.



TUJUAN ASEAN

Inilah tujuan ASEAN yang tercantum didalam Deklarasi Bangkok. Antaranya ialah :

  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi,kemajuan sosial fdan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara

  • Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

  • Menggalakkan kerjasama dan saling bantu membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi,kebudayaan,teknikal,saintifik dan pentadbiran

  • Saling bantu membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan kemudahan penyelidikan,pelajaran,profesional,teknikal dan pentadbiran

  • Bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan,mengembangkan perdagangan antarabangsa,membaiki kemudahan-kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat.

  • Menggalakkan pengkajian mengenai Asia Tenggara

  • Memelihara hubungan yang rapat dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.


Itu adalah antara tujuan ASEAN yang termasuk dalam Deklarasi Bangkok yang telah disepakati pada tanggal 8 Ogos 1967 di Kota Thailand, Bangkok






GAMBAR/ANIMASI/VIDEO


KONFERENS SUMBER MANUSIA ASEAN KE-2




MALAM KEBUDAYAAN ASEAN



HARI SUKAN ASEAN



KEMUNCAK ASIA TIMUR KE-9



ANIMASI ASEAN


ANIMASI ASEAN


video animasi ASEAN

HURAIAN

HURAIAN
Sejarah

Rencana utama: Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; IndonesiaMalaysiaFilipinaSingapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos,Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

BENDERA ASEAN

Bendera ASEAN menggambarkan ASEAN yang stabil, aman damai, bersatu dan dinamik. Warna Bendera biru, merah, putih dan kuning menggambarkan warna utama bendera kesemua Negara Anggota ASEAN. 
·                     Biru melambangkan keamanan dan kestabilan.
·                     Merah menggambarkan keberanian dan dinamisme.
·                     Putih menunjukkan kesucian
·                     kuning melambangkan kemakmuran
·                     Tangkai padi menggambarkan impian Bapa Pengasas ASEAN bagi suatu ASEAN yang terdiri daripada semua negara di Asia Tenggara yang terikat dengan persahabatan dan perpaduan. Bulatan menggambarkan kesatuan ASEAN.


   PIAGAM ASEAN


       Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala LumpurMalaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalan piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu,Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.
Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007



PRINSIP ASEAN

ASEAN juga mempunyai prinsip-prinsip yang wajib dipatuhi oleh setiap anggotanya antaranya ialah:



·        Sentiasa menghormati kemerdekaan,kedaulatan,kesamaan serta intergriti wilayah nasional dan identiti.
         nasional setiap negara
·        Hak untuk setiap negara untuk memimpin negara bebas dari campur tangan pihak luar.
·        Tidak mencampuri urusan dalam negeri sesama negara anggota.
·        Menolak penggunaan kekuatan yang mematikan.
·        Kerjasama perlu efektif antara anggota.



PERTUBUHAN YANG TERBENTUK KETIKA ASEAN DITUBUHKAN

2.1 ASA


Pada 30 Julai 1961, ASA telah dibentuk hasil pertemuan Menteri-menteri Luar Tanah Melayu, Filipina dan Thailand di Bangkok. Tujuan utama pembentukannya ialah untuk meningkatkan kerjasama sosio-ekonomi, kebudayaan serta pentadbiran. Walau bagaimanapun ASA telah gagal bertahan lama akibat daripada kelemahan struktur organisasi serta konflik yang kian memuncak di antara negara-negara anggota terutamanya tuntutan Filipina ke atas Sabah dan konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963.


2.2 MAPHILINDO

MAPHILINDO telah ditubuhkan pada 31 Julai 1963 hasil cadangan Presiden Macapagal dari Filipina dan dianggotai oleh Malaya, Filipina dan Indonesia. Namun akibat daripada timbulnya konflik dalaman dan luaran antara negara-negara anggota telah membawa kepada kegagalan MAPHILINDO. Penubuhan Malaysia telah membawa tentangan hebat daripada Filipina yang menuntut haknya ke atas Sabah yang didakwa sebagai wilayah warisan Kesultanan Sulu. Begitu juga Indonesia yang turut menentang oleh kerana adanya cita-cita Presiden Sukarno untuk mewujudkan “Indonesia Raya” melalui penggabungan semua kepulauan Melayu. Pembentukkan Malaysia dilihat sebagai halangan utama cita-cita beliau dan dianggap sebagai satu bentuk Imperialisme dan dasar Kolonialism barat ke atas negara-negara di Asia Tenggara. Konflik semakin nampak dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia di atas alasan perbezaan sistem dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan. Lantaran itu akibat konflik yang berlanjutan, MAPHILINDO akhirnya turut berkubur.


2.3 ASPAC

   Tahun 1966 menyaksikan pembentukan satu lagi pertubuhan baru iaitu ASPAC yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, Thailand, Australia, Jepun, Taiwan, New Zealand, Korea Selatan dan Vietnam Selatan. Tumpuan pertubuhan ini ialah untuk menggalakkan kerjasama serantau di dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia Pasifik. Seperti pertubuhan lain , ASPAC juga mengalami kegagalan, oleh kerana pertubuhan ini dikatakan tidak menggambarkan kerjasama serantau yang sebenarnya dengan adanya keanggotaan negara luar dari Asia Tenggara. Pada tahun 1975, ASPAC telah dibubarkan, namun ia telah memberi idea bagi pembentukan pertubuhan kerjasama serantau yang lebih mantap di Asia Tenggara.




FUNGSI-FUNGSI KERJASAMA ASEAN


Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan  berikut:
·                     Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN 
·                     Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN 
·                     Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN 
·                     Rancangan Persekitaran Strategik  ASEAN 
·                     Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN 
·                     Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN



                                     ANGGOTA- ANGGOTA ASEAN
                                                      
                                                      
ü  Indonesia, negara pendiri.
ü  Filipina, negara pendiri.
ü  Malaysia, negara pendiri.
ü  Thailand, negara pendiri.
ü  Singapura, negara pendiri.
ü  Brunei Darussalam, bergabung: 7 Januari 1984
ü  Kamboja, bergabung: 16 Desember 1998
ü  Myanmar, bergabung: 23 Julai 1997
ü  Laos, bergabung: 23 Julai 1997
ü  Vietnam, bergabung: 28 Julai 1995



CABARAN ASEAN

Ekonomi

Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.
 


Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN

Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.



CONTOH

CONTOH KERJASAMA ASEAN

Lima jenis contoh bentuk kerjasama ASEAN (AEC) Dasar Bisnis Produksi – ASEAN kini menjalani proses membangun Komunitas ASEAN Economic atau Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 yang akan menjadi pasar dan basis produksi tunggal. Dalam proses mewujudkan AEC ini, peningkatan daya saing produk makanan, pertanian dan kehutanan di pasar internasional, dan pemanfaatan serta pemberdayaan petani melalui promosi koperasi pertanian telah menjadi prioritas regional






Kerjasama ASEAN
Isu-isu baru dan isu-isu lintas sektoral seperti keamanan pangan, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim untuk pertanian dan kehutanan, dan sanitary dan phytosanitary (SPS) juga merupakan bagian dari prioritas.



Bentuk Kerjasama ASEAN
Ketika lima negara menyatakan untuk mebentuk organisasi ASEAN, mereka sepakat untuk bekerja sama di berbagai bidang termasuk berikut:

Bidang Politik

Di bidang politik adalah anggota ASEAN sepakat bahawa jika ada masalah di antara mereka akan diselesaikan melalui meja perundingan. Anggota ASEAN juga sepakat bahawa kawasan Asia Tenggara bebas dari senjata nuklear.

Bidang Ekonomi
Dalam ilmu ekonomi, kerjasama ASEAN adalah untuk membahas supaya anggota ASEAN untuk menciptakan perdagangan yang saling menguntungkan dan bentuk kerjasama di bidang ekonomi direalisasikan asean dalam bentuk:

                                                                         
  • Mempromosikan produk bisnes sesama anggota ASEAN, perusahaan investasi di beberapa negara ASEAN, pengembangan pariwisita dibangun anggota ASEAN di Tokyo.
  • Cadangan makanan Memberikan tertutama beras bagi anggota ASEAN.
  • Membangun projek-projek industri ASEAN seperti urea amonia ,projek fabrik dan projek industri tembaga di Singapura, dan superfosfor di Thailand Indonesia dan Malaysia.

                                                            Sektor Sosial
Kerjasama ASEAN di bidang sosial termasuk yang berikut :
  • Pencegahan narkoba dan mitigasi.
    Bencana alam Penanggulanagan.
  • Perlindungan terhadapa dinonaktifkan anak
  • Menyeimbangkan kesejahteraan sosial



Bidang Kebudayaan
Di bidang kerja sama budaya antara ASEAN adalah sebagai berikut :
  • Pertukaran pelajar antara negara-negara ASEAN,
  • Pemeberantasn buta huruf.
  • Pertukaran acara program televisi ASEAN,
  • kongres pemuda Memegang ASEAN.


                                                           Bidang Ketenteraan
Negara anggota ASEAN telah sepakat untuk realisasi keamanan wilayah mereka setiap beberapa bulan untuk mengadakan latihan tentera bersama. Contoh yang pernah dilakukan adalah latihan tentera dengan nama sandi Elang Malindo, iaitu latihan tentera antara angkatan udara Indonesia dan Malaysia



Evaluasi Kerjasama ASEAN
Organisasi ASEAN kini tidak lagi dianggap oleh para pejabat dari negara-negara ASEAN, hanya gema mendengar ketika hidangan kuno. Misalnya, saat ini banyak sekali konflik di antara anggota ASEAN misalnya antara Indonesia dan Malaysia yang sudah menjadi rahasia umum bahawaa kedua negara ini sering bersengketa di bidang budaya, mahupun di wilayah.
Kita boleh lihat sekarang dalam bentuk kegiatan yang dilakukan ASEAN adalah Olimpik diadakan antara negara-negara Asia Tenggara, sepeeti sukan bila sepak, Sea Games pertandingan serta persaingan di antara negara-negara ASEAN.
Yang membentuk keriasama ASEAN diantara anggota. Mudah-mudahan, kerjasama dapat memperkuat hubungan yang ada di antara anggota. Untuk para pemimpin negara-negara ASEAN mengibarkan bendera ASEAN dapat menciptakan kembali perdamaian.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Sebagai konklusinya, antara matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri itu adalah untuk membina kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.
Secara tidak langsungnya, Malaysia telah memainkan banyak peranan  dan sumbangan yang telah mewujudkan strategi  efektif dalam melakar dan meningkatkan corak ekonomi yang berkembang dengan pesat serta penuh inovatif. Usaha Malaysia yang pelbagai dalam mengembangkan taraf ekonomi telah memberi galakan dan peluang kepada Negara serantau untuk turut sama dalam menaik taraf ekonomi Negara masing-masing. Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah Negara yang amat mengambil berat mengenai perkembangan dan kebajikan Negara serantaunya dan cukup perihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan disaat memerlukan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan beberapa Negara ASEAN sebagaimana yang telah dibincangkan didalam tugasan ini. Pun begitu, setiap permasalahan yang  timbul, Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan kelansungan hubungan antara Negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.

KESAN

KESAN PENUBUHAN ASEAN

Terdapat banyak isu yang timbul diperingkat ASEAN sejak akhir-akhir ini. Antaranya isu kebanjiran pendatang tanpa izin ( PATI ) ke negara kita dan juga negara –negara anggota  ASEAN yang lain. Selain itu isu pencemaran alam seperti pembakaran secara terbuka yang berlaku hampir setiap tahun di Indonesia. Isu LYNAS iaitu pembinaan logi pembuangan sisa-sisa toksik di Malaysia baru-baru ini. Selain daripada itu isu pemberontakan. Contohnya, pemberontakan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dan pemberontakan puak Moro di Filipina. Di samping itu juga isu pelarian Rohinya yang masih belum ada jalan penyelesaian. Isu-isu yang lain seperti penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia, isu tenaga kerja, isu penyeludupan senjata api , isu pencerobohan perairan Malaysia dan sebagainya

PENGAJARAN

  PENGAJARAN ASEAN


Banyak pengetahuan yang diperolehi daripada daripada penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Antaranya Malaysia telah mengambil langkah yang dinamis untuk bersaing dengan negara lain.Negara juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan antarabangsa dalam menghadapi pelbagai ancaman luar. Selain itu Malaysia juga mewujudkan hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian sejagat dan meningkatkan ekonomi negara.Iktibar pada diri ialah kita harus hidup bersatu padu dan memupuk kerjasama serta bantu-membantu untuk kebaikan bersama. Kita juga harus mempunyai  sifat jati diri dan menyemai semangat cinta negara.iktibar pada bangsa pula ialah dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global serta mengamal dan menghayati nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan.Iktibar kepada negara pula ialah negara harus menjalin hubungan baik dengan semua negara terutama negara berjiran dan sentiasa menyokong usaha untuk memelihara keamanan. Selain itu segala pertikaian harus diselesaikan secara diplomasi dan mengamalkan sikap toleransi.Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang setelah menyertai dan bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah menjadikan negara maju setanding dengan negara lain. Negara juga diharap dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Selain itu, melalui hubungan dan penyertaan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau memantapkan lagi hasrat untuk mencapai Wawasan 2020.

RUJUKAN

RUJUKAN